Thursday 12 April 2012

Ohh!! The Reds VS The Toffees : 5 pemain yang WAJIB main

Selepas mengkaji dan menyelidik perlawanan antara Blackburn vs Liverpool tempoh hari aku rasa KD perlu ambil perhatian terhadap 5 pemain ni. 


1. Agger
1.   Aku pilih Agger sebab beliau merupakan partner yang paling ideal dengan Skrtel.Kalau diperhatikan sejak ketiadaan Agger, bahagian pertahanan begitu goyah dan kemasukan Agger ternyata memberi keyakinan kita dalam posisi pertahanan kita. Beliau juga merupakan seorang pertahanan yang mempunyai kepakaran dalam dribble. Secara tidaka langsung merupakan senjata pemusnah Liverpool untuk perlawanan menentang Everton nanti.


2. Jonjo

2.   Maybe korang terkejut aku letak Jonjo dalam list sebagai pemain yang wajib bermain lawan Everton nanti. rileks dulu, jangan gelabah. hehe. Buat apa beli pemain yang berharga 20juta pound sedangkan kita mempunyai seorang CM yang hebat? Beliau merupakan seorang yang patut diberi perhatian oleh KD. dan mempunyai masa depan yang cerah bersama skuad senior Liverpool.

pemerhatian aku masa lawan Blackburn, bila Jonjo dapat bola, beliau akan berusaha untuk melepaskan diri dari pertahanan Blacburn dan seterusnya pass to other while Henderson just keep the possession. Beliau juga mempunyai effort mungkin ingin menunjukkan KD bahawa beliau merupakan seorang yg perlu di beri perhatian.


3. Maxi
3.   1st thing bila aku tengok beliau main aku sangat teruja. sebab aku yakin beliau akan score goal tak pon assist. Aku juga seperti rakan-rakan Liverpool yang lain sangat la hairan kenapa la Maxi ni tidak diberi peluang untuk bermain. Walhal beliau telah menjaringkan 11 gol dalam 10 perlawanan pada season lepas. Beliau juga punyai penyudah yang sangat bagus. Sepatutnya Maxi menjadi pemain tetap KD! tapi apakan daya. But aku harap beliau dapat main semi final nanti.


4. Caroll

4.   Kenapa Caroll? Beliau sudah tidak sehaluan dengan KD, Diejek oleh bekas penyokong kelabnya yang begitu menyanjungnya suatu ketika dulu, keadaan ini seperti kareer Caroll bersama Liverpool sudah sampai di penghujungnya. Tetapi aku yakin penyokong Liverpool sudah dapat melupakan sebentar kemarahan anda kepada Caroll setelah beliau menjaringkan gol penting menentang Blackburn tempoh hari.


Sementara keyakinan beliau yang sedang meningkat ni baiklah sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama lawan Everton nanti. Mohon winger Liverpool dapat membuat hantaran yang tepat kepada Caroll. Senang beliau nak gol.


5. Jones
Kesian Doni, memang sangat kesian. harapan untuk bermain di Wembley nanti berkecai sebab kena kad merah. Tiba-tiba nama Brad Jones menjadi sebutan kepada peminat Liverpool manakan taknya. Liverpool telah kehilangan 2 penjaga gol dalam 3 perlawanan sahaja!! telah menjadi rekod untuk team EPL. 

Penalti dari Yakubu yang telah diselamatkan oleh Jones, beliau tujukan untuk anaknya Luca,yang telah meninggal pada November tahun lalu akibat leukemia. Suasana itu begitu menyentuh perasaan ketika beliau tunjuk dan pandang ke langit sambil memperingati anaknya itu. YNWA Luca.




CONCLUSION
Formation Liverpool (harap-harap betul)

Aku dah hantar email kepada Kenny Dalglish untuk meneliti balik posisi yang aku bagi ni. Harap sangat KD dapat pertimbangkan formasi ni.










No comments:

get this widget here