Thursday 5 April 2012

UCAPAN ALU-ALUAN DARI MEJA EDITOR




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang melayari blog Liverpool kendalian aku ni. Aku merupakan peminat susah mati Liverpool sejak tahun 1999. Bermula dengan kejayaan yang Liverpool miliki dan sejarah yang amat mengagumkan membuat aku begitu terpaut dengan kelab terkemuka ini. pada ketika itu, begitu sukar untuk melihat perlawanan Liverpool (pada tahun 1999) kerana tidak mempunyai Astro. Mana taknya, umur baru mencecah 10 tahun! tapi aku sanggup menonton di gerai-gerai makan berhampiran tapi dapat tengok separuh masa pertama kerana parent tak bagi balik lewat. Pemain paling aku minat dulu ialah Micheal Owen. Beliau menjadi idola aku dalam bola sepak pada ketika itu.



Moment yang paling aku takkan lupakan ialah bila Liverpool vs AC Milan sebab aku sanggup 'fly' dari asrama semata-mata nak tengok kemenangan Liverpool yang sangat-sangat dramatik. Biarpun kena denda dengan warden tapi aku tak kesah sebab puas hati dengan pasukan idaman aku ni. :)




Until now and forever i will love my club. No matter what happen, no matter what other team say i will only love Liverpool FC.  You'll Never Walk Alone.


p/s: mohon tunjuk ajar ya abang-abang blogger dari Liverpool yang lain. Support sekali ya. :) we are family. 






No comments:

get this widget here