Monday 16 July 2012

Ohh!! Carroll ohh Carroll



Sejak akhir-akhir ni banyak sangat rumour tentang Carroll yang akan dijangka keluar daripada Liverpool samada beliau akan di loankan ataupun pindah terus. Sememangnya musim 2011-2012 merupkan musim yang hambar bagi Carroll. Aku ingat lagi, masa kat D'Stall ramai je yang kutuk beliau ni tapi aku diamkan je. but 5-6 game terakhir beliau mula menunjukkan taringnya namun segalanya sudah terlambat. Beliau tidak dapat membantu Liverpool menerajui Liverpool ke tangga yang lebih baik dari tangga ke -8 ni. 

Player Goals Total Shots Shots on Target Shooting Accuracy % Shot Conversion %
Luis Suarez 11 128 48 44% 10%
Craig Bellamy 6 42 16 52% 19%
Andy Carroll 4 88 27 35% 5%

Aku kena akui, Liverpool memang kena rombak skuad macam yang BR buat. nak tau sebab apa? sebab pemain-pemain Liverpool main sambil lewa je. kalau korang perasan la, masa 2-3 season yang dulu, even team Liverpool kena tinggal 1-0 dorang akan bermati-matian utk kejar balik dan mostly akan menang last2 perlawanan. Tapi sekarang dah xde da semangat tu. 

Kadang-kadang aku kesian tengok Carroll sebab ramai yang condemn beliau, yela ape perasaan korang jadi Carroll? dan selalu kena ejek dengan peminat sendiri? nanti last-last jadi macam BALOTELLO  tu. hahah

Untuk season 2012-2013 ni mungkin season yang sukar buat beliau kerana terpaksa bersaing tempat dengan Borini. Actually BR lebih gemar menggunakan taktik Tiki-Taka. Aku sure yang inilah yang sangat dibimbangkan Carroll.

Apa-apa pun, selamat maju jaya buat Andy Carroll. :)

 p/s: sehingga 16/7 ini Liverpool calon utama untuk mendapatkan Theo Walcott. :) woohaa!! another great signing but he's injury prones!

No comments:

get this widget here