Thursday 26 April 2012

Ohh!! 20 Pemain Kesayangan Liverpool FC Sepanjang Zaman (PART 1)

Artikel hari ini aku nak berkongsi info dengan korang pasal pemain kesayangan Liverpool FC sepanjang zaman. Bagi aku 20 orang ni menjadi legenda Liverpool. YNWA

Bermula dari tempat ke : 

20 hingga ke 15


20. Gary McAllister
dalam penampilannya bersama Liverpool. beliau telah membantu Liverpool menjuarai 5 trophy! Umurnya pada ketika itu 35 tahun. lebih kurang umur Carragher la sekarang. 

Beliau lebih lebih dikenali dengan nama Macca.telah menjuarai League Cup, FA Cup, UEFA Cup, Charity Shield,dan UEFA Super Cup. Semuanya pada tahun 2001.


19. Ian Callaghan

Dilahirkan di Toxteth, Liverpool. Beliau merupakan anak jati Liverpool dan telah membuat penampilan paling banyak di Liverpool iaitu sebanyak 857 penampilan! Beliau memang LEGEND.


18. Pepe Reina
Bagi aku Reina merupakan Keeper terbaik yang Liverpool pernah beli. Beliau juga seorang yang 'gila-gila'. Aku pasti selepas Pepe retired nanti mesti penyokong Liverpool akan merindui kelibatnya dalam arena bola sepak.


17. Peter beardsley
Cukup untuk mengatakan beliau seorang yang hebat ketika zaman kegemilangannya. Walaupun mukanya nampak seperti bukan pemain bola tetapi bila bola berada di kakinya, perghh! memang mengancam beb. :)



16. Jan Molby
Nama samarannya Big Jan. Beliau merupakan pemain yang dapatla merasa champion EPL. Mempunyai pinpoint pass yang menakjubkan. tapi sekarang dia da berehat dekat rumah je. penat katanya. perut pun dah makin buncit.  apa-apa pun YNWA Big Jan.




15. Bruce Grobbelaar
Haaa! Korang kenal tak abang keeper yang misai tebal atas nih? Beliau la Bruce Grobbelaar. Beliau dikenali sebagai The Jelly Legs kerana menyelamatkan penalti ketika European Cup Final tahun 1984 menentang Roma. Time ni Kenny Dalglish pon main lagi. 

Kalau korang tak tau Jelly Legs tu camne, korang tengok je aksi Jerzy Dudek masa penalti lawan AC Milan. Haa! macam tu la. :)



Bersambung Part 2 (14-10)


No comments:

get this widget here