Tuesday 17 April 2012

Ohh!! 5 perkara yang Dalglish perlu buat supaya Caroll lebih kerap jaringkan gol

Sejak 2 minggu nih memang ramai yang sanjung dengan Andy Caroll kerana jaringan beliau yang sememangnya menyelamatkan maruah Liverpool. Memang dalam 2 minggu ni jugak takde fans Liverpool pon yang kutuk beliau. Ok la tu. At least setiap kutukan itu membina betul tak? bukannya untuk menjatuhkan. 

Hari ni aku nak berceloteh pasal 5 PERKARA YANG DALGLISH MESTI BUAT SUPAYA CAROLL TERUS MENJARINGKAN GOL. Wah!! panjang pulak tajuk artikel kali ni ya. 


Ok jom kita baca.


1. Biar dia je ambil penalti

Apa kata bagi dia je ambil penalti. ya! memang kau tau awal season rituh dia miss penalti but dia ni mempunyai left foot yang sangat padu beb. Tengok jela masa gol lawan Man City season lepas. Memang sangat-sangat padu. Apa kata Dalglish bagi Caroll latihan untuk ambil penalti. Kan syok Striker yang ambil penalti. But kena banyak latihan and self confidence pon kena ada kalau nak ambil penalti. Kalau tak memang ke laut la.



2. Suarez bermain di Attacking Midfield.

Suarez patut bermain di posisi Attacking Midfield sebab dia mempunyai kreativiti yang tinggi dan seorang yang rajin mendapatkan bola. Dengan meletakkan Suarez di bahagian penyerang kedua membuatkan beliau tidak banyak mendapat bola dan susah untuk mendapatkan gol. Caroll pula dijadikan sebagai alone striker kerana Caroll mempunyai kebolehan untuk menanduk. Janji cross tepat la.





3. Jadikan Caroll sebagai Target Man
Liverpool seharusnya menjadikan Caroll sebagai Target Man. Tak kiralah time corner or free kick. Selalunya posisi Caroll ialah di blind spot dimana dia kena berlari meluru ke kawasan kotak penalti. Taktik ini tidak berkesan dan mudah dibaca oleh pihak lawan. Caroll sepatutnya berada di tengah-tengah kotak penalti dan tunggu winger or pemain membuat hantaran dan seterusnya menanduk bola ke pintu gol.

Sudah terbukti apabila Caroll berjaya menjaringkan gol dengan mudah apabila menentang Everton tempoh hari.Tidak perlu berada di blind spot seperti kebiasaan.





4. Bagilah dia main 90 minit
Actually, Caroll ni bukanlah seorang yang boleh dikatakan supersub. dia ni seorang striker yang bermain untuk tempoh 90 minit. Korang percaya tak? mengikut statistik, Apabila Caroll bermain untuk 1st eleven, Liverpool telah 15 menang, 4 seri dan 5 kalah, tetapi apabila dia berada di bangku simpanan Liverpool mendapat hanya 8 kemenangan 7 seri dan 7 kalah.  Jauhkan bezanya? tepuk dada tanya selera.



5. Beri lebih peluang bermain

Caroll patut di beri lebih peluang untuk bermain jika mahu menjadi striker yang digeruni. Sebab setiap striker memerlukan masa untuk membentuk keserasian dalam sesebuah pasukan. 



p/s: Kalaulah Dalglish dengar cakap aku ni sure-sure aku dapat ganti Steve Clarke. Hehe. Apa-apa pon ni just pendapat je ok. :) YNWA kawan-kawan yang membaca sampai abes.

No comments:

get this widget here