Friday 6 April 2012

Ohh!! 10 orang yang perlu bertanggungjawab atas prestasi buruk Liverpool musim 2011/12 (Part 1)

10 orang yang perlu bertanggungjawab atas prestasi buruk Liverpool musim 2011/12

1. Steve Clarke & Kenny Dalglish





1.   Jika sesebuah pasukan mengalami kekalahan yang berpanjangan, Sudah tentunya Manager dan assisstantnya yang menjadi mangsa. Begitulah yang dialami oleh KD dan SC. Mereka menghadapi pelbagai tekanan dari pelbagai pihak disebabkan keputusan perlawanan yang hambar. Ramai juga dari penyokong Liverpool sendiri mempersoalkan kredibiliti KD sebagai pengurus. SC juga tidak terlepas dengan kritikan ini.

minggu demi minggu seakan-akan tiada peningkatan dari segi kualiti permainan. Pemain pula semakin hilang fokus dan susah untuk mencari gol setelah ketinggalan 1-0.



2. Damien Comolli
2.   Beliau merupakan Director Of Football untuk pasukan Liverpool. Beliau juga bertanggugjawab dalam menguruskan jual beli pemain. Taktik membeli "pemain British" oleh beliau merupakan 1 faktor mengapa prestasi Liverpool merosot. Seperti yang kita lihat Hendo, Adam, Caroll dan Downing, mereka masih gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool.

Kehadiran Enrique, Suarez dan Bellamy sememangnya memberi impak untuk pasukan Liverpool tetapi 4 pemain tadi yang bernilai hampir 80juta Pound itu mungkin dianggap tidak berbaloi.


3. Luis Suarez
3.   Luis Suarez merupakan ayam tambatan Liverpool. Awal kehadirannya di Liverpool begitu memukau. Beliau boleh membuat gerakan yang bahaya tetapi daripada 107 percubaan ke arah gol hanya 7 yang menerjah jaring. Ketiadaanya selama 8 perlawanan akibat pergantungan cukup menambah derita Liverpool.

Kemungkinan besar jangka hayatnya bersama Liverpool tidak panjang.



4. Andy Caroll
4.   Kita tentunya tidak percaya harga Caroll begitu tinggi sehingga bernilai 35 juta pound. Terdapat segelintir penyokong Liverpool yang begitu sangsi dengan kehadirannya di Liverpool. hal ini kerana beliau hanya menjaringkan 3 gol di liga sepanjang musim ini. 





5. Stewart Downing
5.   Tujuan utama KD membawa Downing ke Liverpool adalah untuk membantu Caroll mendapat hantaran yang tepat kerana ketika di Aston Villa beliau merupakan seorang assist dan sering menjaringkan gol. tetapi malangnya itu tidak berlaku di Liverpool.

KD pernah memberitahu bahawa beliau telah meletakkan Downing di banyak posisi yang berbeza-beza. Hal ini menyebabkan Downing kelihatan sukar untuk beraksi dengan baik.




Sambungan~~~  [PART II]




sumber asal: Joseph Zucker



WALAU APA PON TERJADI YNWA!!!

No comments:

get this widget here